Walaupun telah beberapa kali niat untuk sambung belajar ke universiti tempatan tergendala tetapi alhamdulillah pada tahun ini aku berjaya menunaikan hajat tersebut. Walaupun ianya telah tergendala hampir 12 tahun tetapi aku bersyukur kerana dengan izin Allah berjaya juga menunaikan hajatku. Walaupun secara separuh masa aku perlu mengharungi selama 4 tahun bersama 24 orang rakan yang lain untuk mendapat sekeping kertas dipanggil ijazah. Tetapi yang tak seronoknya awal-awal lagi beberapa orang member dah mengaku kalah tak nak teruskan perjuangan. Mungkin mereka mempunyai sebab yang baik untuk tidak meneruskan misi ini sehingga penghujungnya. Mungkin disebabkan kosnya yang agak tinggi bagi kami yang hanya bekerja biasa-biasa sahaja. Maka disebabkan alasan sebegitulah aku perlu kuatkan semangat. Perlu belajar sebaik mungkin kerana tidak mahu membazirkan wang ringgit dan masa yang tidak sedikit perlu diperuntukkan demi untuk mencapai cita-citaku selama ini. Hujung minggu ini kami akan mendu...
Kebanyakan apa yang dibicarakan di sini adalah harapan dan cita-cita aku yang terpendam yang ingin aku lakukan sepanjang hidupku. Dari apa yang ingin dilakukan kepada yang telah aku lakukan.