Mati itu pasti. Itu ungkapan biasa didengar untuk memperingatkan kita bahawa kematian itu satu kemestian dalam hidup di dunia. Tetapi bila waktunya tidak diketahui. Mungkinkah oleh kerana tarikh keramat itu disembunyikan oleh Allah yang Maha Esa, maka ada sebahagian daripada kita leka tanpa memikirkan untuk bersedia sebaiknya untuk menyambut kematian. Walaupun begitu takaful bukanlah bertujuan untuk melindungi kita daripada mati, mati tetap mati. Sama ada dengan takaful atau tanpanya jika dijemput Allah kita akan tetap pergi. Pokoknya di sini bagaimana makan pakai, perbelanjaan harian bagi mereka yang kita tinggalkan. Sebelumnya setiap bulan kita boleh membayar pelbagai bil, ansuran kereta, ansuran rumah, wang saku anak-anak ke sekolah atau belanja dapur (sebahagian daripada perbelanjaan biasa untuk menyambung hidup). Tetapi apabila kita dijemput Allah swt, semua itu terhenti. Dulunya keluarga ada wang terkadang mencecah ribuan ringgit sebulan tetapi kini telah tiada. Tanpa boleh dir...
Minat untuk melabor di pasaran saham memang telah lama terpendam. Semenjak di kolej apabila pertama kali pensyarah membawa aku dan beberapa rakan ke pejabat sekuriti di Shah Alam. Melihat skrin tv memaparkan harga saham membuat aku terlopong tanpa bicara. Bukannya apa, sebab tak faham apa yang ditayang di skrin. Pensyarah sibuk mengarahkan remisernya membuat belian dan jualan saham beberapa syarikat termasuk Idris Hyraulic yang pada waktu tersebut di antara syarikat yang aktif diniagakan di Bursa. Balik dari pejabat sekuriti, pensyarah aku tersenyum gembira kerana beliau mendapat untung yang agak banyak pada hari itu. Aku pun tersenyum juga kerana terpilih di antara ramai rakan untuk di bawa oleh beliau ke pejabat sekuriti tersebut. Dapat tengok skrin urusniaga saham jadilah untuk permulaan. Semenjak dari hari itu minat aku makin mendalam, tetapi sayangnya minat aje yang mendalam. Proses untuk merealisasikan angan-angan tidak pernah dilakukan. Banyak juga buku aku baca tentang teknik d...