Skip to main content

Keperluan takaful keluarga. Kenapa ramai yang masih bertangguh?

Mati itu pasti. Itu ungkapan biasa didengar untuk memperingatkan kita bahawa kematian itu satu kemestian dalam hidup di dunia. Tetapi bila waktunya tidak diketahui. Mungkinkah oleh kerana tarikh keramat itu disembunyikan oleh Allah yang Maha Esa, maka ada sebahagian daripada kita leka tanpa memikirkan untuk bersedia sebaiknya untuk menyambut kematian.

Walaupun begitu takaful bukanlah bertujuan untuk melindungi kita daripada mati, mati tetap mati. Sama ada dengan takaful atau tanpanya jika dijemput Allah kita akan tetap pergi. Pokoknya di sini bagaimana makan pakai, perbelanjaan harian bagi mereka yang kita tinggalkan. Sebelumnya setiap bulan kita boleh membayar pelbagai bil, ansuran kereta, ansuran rumah, wang saku anak-anak ke sekolah atau belanja dapur (sebahagian daripada perbelanjaan biasa untuk menyambung hidup). Tetapi apabila kita dijemput Allah swt, semua itu terhenti. Dulunya keluarga ada wang terkadang mencecah ribuan ringgit sebulan tetapi kini telah tiada. Tanpa boleh dirayu lagi untuk diadakan semula. Rakan kongsi hidup yang mungkin hanya menjadi suri rumah sepenuh masa tiba-tiba hilang punca rezeki. Sebelumnya boleh hidup bahagia menumpang kasih dan rezeki tetapi kini hidup sendirian bersama anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang serta masih menadah tangan untuk wang saku dan belanja jajan...hidup perlu diteruskan, tetapi apa yang paling penting adalah bagaimana hendak memulakan dan meneruskan hidup tanpa tunggak keluarga yang selama ini menjadi dahan tempat berpaut.

Acap kali kita mendengar khabar sedih sipolan sipolan meninggal dunia akibat sakit jantung ...kesiannya, muda lagi dah meninggal. Teman sepersekolahan kita meninggal akibat kanser, ataupun serangan jantung...kesiannya, tak sangka baru aje jumpa bulan lepas tup-tup dah tiada. Itu tidak termasuk pelbagai bentuk kemalangan yang saban hari merenggut nyawa, tidak tahu siapa. Adakah kita terkecuali dari segala ujian ini? Apa kelebihan dan kekebalan kita yang Allah maktubkan dalam luth mahfuz untuk menidakkan kita dari diuji sedemikian rupa?

Takdir Allah tiada siapa yang tahu tetapi Allah kurniakan kita dengan pelbagai anugerah untuk kita manfaatkan untuk kebaikan bersama seperti pesanNya melalui surah Al Maidah:2...“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran”. Apa solusinya semasa kita masih hidup untuk menidakkan kesan-kesan seperti di atas.

Takaful adalah salah satu jawapannya. Yang paling mudah dan berkesan.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Melabur di BSKL Tercapai

Minat untuk melabor di pasaran saham memang telah lama terpendam. Semenjak di kolej apabila pertama kali pensyarah membawa aku dan beberapa rakan ke pejabat sekuriti di Shah Alam. Melihat skrin tv memaparkan harga saham membuat aku terlopong tanpa bicara. Bukannya apa, sebab tak faham apa yang ditayang di skrin. Pensyarah sibuk mengarahkan remisernya membuat belian dan jualan saham beberapa syarikat termasuk Idris Hyraulic yang pada waktu tersebut di antara syarikat yang aktif diniagakan di Bursa. Balik dari pejabat sekuriti, pensyarah aku tersenyum gembira kerana beliau mendapat untung yang agak banyak pada hari itu. Aku pun tersenyum juga kerana terpilih di antara ramai rakan untuk di bawa oleh beliau ke pejabat sekuriti tersebut. Dapat tengok skrin urusniaga saham jadilah untuk permulaan. Semenjak dari hari itu minat aku makin mendalam, tetapi sayangnya minat aje yang mendalam. Proses untuk merealisasikan angan-angan tidak pernah dilakukan. Banyak juga buku aku baca tentang teknik d...

Cubaan Pertama Belajar Guna Laman Blog

Aku nak try buka lama blog... Itu azam aku bila tengok ramai orang dah mula guna internet tetapi aku masih terkial-terkial cuba memahami apa itu laman web, internet dan sebagainya. Bila tengok google ada sediakan laman blog secara percuma aku berazam, mesti cuba. Tapi mula-mula kekok juga tak berapa faham cara nak mengendali segala macam fungsi untuk nak menyerikan lagi laman blog aku. Walau bagaimanapun aku berazam jika aku terus mencuba pasti aku akan dapat belajar sesuatu darinya setiap hari. Jadi perlahan-lahan aku cuba lakukan. Betul telahan aku. Setiap hari aku dapat belajar sesuatu darinya. Walaupun blog aku tak secanggih orang lain tetapi aku bersyukur kerana akhirnya aku mempunyai keberanian untuk melakukannya. Aku berazam suatu hari nanti akan dapat memanfaatkan internet dengan lebih efisien dan mana tahu dapat menjana pendapatan seperti sesetengah orang yang telah mula berniaga dan buat duit melalui internet. Selamat berjaya aku ucapkan kepada diriku sendi...