Pada waktu tulisan ini ditulis saya hampir menamatkan tahun pertama saya di universiti. alhamdulillah so far keputusan peperiksaan memuaskan bagi saya yang belajar secara sambilan. Kebetulan semester ini saya perlu mengambil mata pelajaran "Study of Religions". Pada mulanya agak pelik juga sebab sebelumnya aku sememangnya tidak mengetahui secara mendalam agama kaum lain di Malaysia secara lebih mendalam. Kami didedahkan oleh pensyarah dari Indonesia yang mempunyai sarjana kedoktoran tentang cristianity, Hinduism, Buddism dan Sihkism. Agama-agama ini merupakan agama yang dianuti oleh majoriti penduduk Malaysia yang berbilang kaum. soalan pertama saya tanya kepada pensyarah apa perlunya kami belajar agama-gama tersebut. Beliau dengan lembut menjawab untuk kita memahami orang lain adalah perlu kita memahami agama, budaya dan cara hidup orang lain. Ini akan memudahkan kita untuk bergaul dan mendekati rakan-rakan kita dari agama yang berbeza. Saya percaya rakan kita dari...
Kebanyakan apa yang dibicarakan di sini adalah harapan dan cita-cita aku yang terpendam yang ingin aku lakukan sepanjang hidupku. Dari apa yang ingin dilakukan kepada yang telah aku lakukan.