Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Cubaan Melabur di BSKL Tercapai

Minat untuk melabor di pasaran saham memang telah lama terpendam. Semenjak di kolej apabila pertama kali pensyarah membawa aku dan beberapa rakan ke pejabat sekuriti di Shah Alam. Melihat skrin tv memaparkan harga saham membuat aku terlopong tanpa bicara. Bukannya apa, sebab tak faham apa yang ditayang di skrin. Pensyarah sibuk mengarahkan remisernya membuat belian dan jualan saham beberapa syarikat termasuk Idris Hyraulic yang pada waktu tersebut di antara syarikat yang aktif diniagakan di Bursa. Balik dari pejabat sekuriti, pensyarah aku tersenyum gembira kerana beliau mendapat untung yang agak banyak pada hari itu. Aku pun tersenyum juga kerana terpilih di antara ramai rakan untuk di bawa oleh beliau ke pejabat sekuriti tersebut. Dapat tengok skrin urusniaga saham jadilah untuk permulaan. Semenjak dari hari itu minat aku makin mendalam, tetapi sayangnya minat aje yang mendalam. Proses untuk merealisasikan angan-angan tidak pernah dilakukan. Banyak juga buku aku baca tentang teknik d...